Gunung berapi Indonesia meletus, ratusan diarah pindah

Gunung berapi Ruang memuntahkan lahar dan debu tebal ke permukaan udara. Foto AFP
Gunung berapi Ruang memuntahkan lahar dan debu tebal ke permukaan udara. Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Indonesia meletus beberapa kali hingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan selepas ia memuntahkan lahar dan debu tebal setinggi lebih 1,500 meter ke permukaan udara.

Letusan pertama gunung berapi Ruang di wilayah Sulawesi Utara itu berlaku pada jam 9.45 malam (waktu tempatan) pada Selasa dan ia meletus lagi pada awal pagi Rabu.

Agensi berita Antara melaporkan tiada kematian atau kecederaan setakat ini setelah pemindahan segera melibatkan lebih 800 penduduk di dua perkampungan di Pulau Ruang dan Tagulandang.

“Letusan pertama membebaskan debu tebal setinggi dua kilometer ke permukaan udara. Ia disusuli dengan ledakan kedua,” kata Ketua Agensi Geologi, Muhammad Wafid.

Difahamkan, aktiviti vulkanik di Ruang meningkat selepas kejadian dua gempa, baru-baru ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, tahap amaran Ruang setinggi 727 meter itu telah dinaikkan daripada dua kepada tiga malah pihak berkuasa turut menguatkuasakan zon pengecualian untuk lingkungan empat kilometer dari lokasi kawah. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: