Borussia Dortmund ke separuh akhir

Sabitzer
Sabitzer
A
A
A

AURA Stadium Signal Iduna Park memacu Borussia Dortmund ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang agregat 5-4 ke atas jagoan La Liga, Atletico Madrid dalam perlawanan suku akhir kedua awal pagi Rabu.

Anak buah Edin Terzic yang tewas 1-2 kepada angkatan Diego Simeone dalam aksi pertama di Madrid terlebih dulu ditinggalkan dua gol separuh masa pertama yang diinspirasikan Julian Brandtminit ke-34 sebelum Ian Maatsen minit ke-39 menjadikan kedudukan 3-2.

Separuh masa kedua, Atletico Madrid meningkatkan tekanan menyaksikan jaringan sendiri Mats Hummels minit ke-49 mengurangkan defisit pasukan pelawat.

Pemain gantian, Angel Correa meletakkan kelab Sepanyol kembali mendahului dalam perlawanan pada minit ke-64.

Bagaimanapun gol itu tidak memadam aura di Signal Iduna Park apabila tandukan penyerang Niclas Fuellkrug menjadikan kedudukan agregat 4-4 pada minit ke-71 sebelum Marcel Sabitzer menamatkan pengembaraan Atletico Madrid dengan gol minit ke-74.

“Pencapaian itu sesuatu yang besar untuk kelab kami,” kata Terzic yang berterima kasih kepada penyokong-penyokong kelab Jerman yang berada di Signal Iduna Park.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: