Tun M dakwa tidak pernah disiasat

Tun M
Tun M
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, Mahathir berkata, notis yang dihantar agensi itu kepada anaknya, Mirzan Mahathir mengandungi ayat yang menunjukkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, saya tidak dilayan sebagai penjenayah tetapi notis kepada anak saya, Mirzan menyebut satu kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta ini berkaitan nombor aduan IPJ/RPTNO/0477/2023 telah dilakukan oleh Mahathir Mohamad.

“Setakat saya tahu saya tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan saya melakukan kesalahan,” katanya menerusi hantaran di X pada Selasa.

Media pada 18 Januari lalu melaporkan, SPRM mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Tan Sri Mokhzani Mahathir pula disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, dakwaan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memiliki berbilion ringgit juga tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

“Saya sendiri tidak tahu saya memiliki berbilion ringgit. Oleh itu, saya telah saman Anwar supaya menunjukkan bukti tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Saman dibuat lebih satu tahun dahulu dan hingga sekarang Anwar tidak dapat tunjuk bukti berkenaan.

“Ini bermakna sehingga sekarang saya belum didapati bersalah. Jika SPRM ada bukti kukuh, tunjuklah,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28