Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M

Sumber memberitahu, Mokhzani dan Mirzan disiasat oleh SPRM dalam kes yang mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir.
Sumber memberitahu, Mokhzani dan Mirzan disiasat oleh SPRM dalam kes yang mempunyai kaitan dengan Dr Mahathir.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza.

"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.

"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad.

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

Mokhzani dikatakan disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. - Awani

Artikel Berkaitan: