Sila log masuk terlebih dahulu.

'Selamatkan orang awam prioriti utama' - Ketua Polis Selangor

15 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 15 APRIL 2024

Tindakan utama dengan menyelamatkan orang awam terlebih dahulu adalah kaedah terbaik berbanding bertindak segera terhadap suspek kes tembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada Ahad.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lokasi itu merupakan kawasan awam termasuk terdapat kanak-kanak di lokasi kejadian.

Mengulas dakwaan mengapa pihak polis tidak menangkap suspek susulan kes ugutan jenayah terhadap isterinya beberapa bulan lalu, Datuk Hussein menjelaskan, bagi kes Seksyen 506 Kanun Keseksaan awal tahun itu, suspek telah ditangkap.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659599/berita/semasa/selamatkan-orang-awam-prioriti-utama---ketua-polis-selangor

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #ketuapolisselangor #polis