Sila log masuk terlebih dahulu.

Iran lancar dron sebagai langkah pertahan diri

15 April 2024 | Wawancara
A
A
A
Pakar Undang-Undang Antarabangsa UKM, Prof Dr Salawati Mat Basir berkata, provokasi Israel terhadap Iran sebenarnya telah lama berlaku, namun negara itu masih bertahan.

Bagaimanapun apabila konsulatnya di Damsyik, Syria diserang peluru berpandu Israel sehingga mengorbankan seorang komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan enam pegawai lain, Iran ternyata tidak boleh lagi bersabar.

Malah menurut Dr Salawati, serangan balas itu dibenarkan di bawah undang-undang antarabangsa dengan tujuan mempertahankan diri selepas beberapa kejadian menyebabkan Iran diserang tanpa sebab.

Beliau berkata demikian dalam program Interviu yang disiarkan pada Ahad.

#Interviu #SinarHarian #PerangIranIsrael #Palestin