‘Konflik Israel-Iran, kerajaan adakan mesyuarat khas petang ini’ - PM

Anwar ketika berucap pada Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar Ke-5 di IDCC pada Ahad.
Anwar ketika berucap pada Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar Ke-5 di IDCC pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tindakan susulan selepas serangan udara Iran ke atas Israel pada pagi Sabtu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat berkenaan akan diadakan petang ini dan akan turut melibatkan beberapa menteri Kabinet.

“Mesyuarat itu mengenai peperangan dan ketegangan yang sedang berlaku antara Iran dan Israel berpunca daripada serangan kerajaan Zionis Isreal ke atas kedutaan Iran di (Syria).

“Ia sebenarnya melanggar undang-undang antarabangsa, pelanggaran selalunya mengundang tindak balas. Jadi saya akan mengadakan mesyuarat khas jam 6 petang ini,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada Ahad.

Tambahnya, perbincangan dengan beberapa menteri dan pegawai-pegawai berkenaan adalah untuk merangka berapa langkah segera yang perlu diambil bagi meredakan keadaan.

“Bagaimanapun sikap kita di antarabangsa tentulah agar ia dapat menjamin penyelesaian dan kedamaian di Timur Tengah,” katanya.

AKAN MENYUSUL

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: