Kembara demi barangan antik

Pemilik Vintageholic Collectible, Jamil Hashim.
Pemilik Vintageholic Collectible, Jamil Hashim.
A
A
A

SHAH ALAM - Nilai sejarah dan estetika barangan lama berjaya meyakinkan seorang pemuda untuk meninggalkan pekerjaan sebagai jurutera lebih 10 tahun lalu.

Jamil Hashim, 46, yang pernah menyertai syarikat penerbangan terkemuka negara mengambil keputusan ‘berpisah’ dengan kerjaya yang menjadi impiannya sejak kecil demi menumpukan sepenuh perhatian terhadap barangan antik dan unik.

Jamil menunjukkan dokumen lama yang pernah digunakan pada era penjajahan British di Malaysia
Jamil menunjukkan dokumen lama yang pernah digunakan pada era penjajahan British di Malaysia

Malah, lelaki yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu juga sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mengembara ke serata dunia demi mendapatkan barangan idamannya.

Jamil sanggup menghabiskan masa, wang dan tenaga demi mencari barangan yang dilihat bernilai lebih tinggi dan memberi keuntungan pada masa hadapan.

Jamil bersama mesin jahit vintage.
Jamil bersama mesin jahit vintage.

“Bagi saya, nilai sejarah sesuatu barang itu tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan hanya yang menghargainya sahaja memahami perkara itu.

“Barangan antik memberi kesan kepada mereka yang mengenali sejarah dan sebab itu ada orang sanggup laburkan wang semata-mata mahu capture nostalgia ketika zaman kanak-kanak atau peristiwa dahulu,” katanya yang turut mengakui pendapatannya kini lebih lumayan berbanding kerjayanya sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Bersama koleksi piring hitam band terkemuka dunia, The Beatles
Bersama koleksi piring hitam band terkemuka dunia, The Beatles

Pemilik Vintageholic Collectible yang terletak di Shah Alam, Selangor itu menjelaskan, sesuatu barangan itu boleh dijual sehingga puluhan, malah ratusan ribu ringgit mengikut tahun keluaran dan jenis barang.

Antara koleksi barangan antik yang dipamer dan dijual di Vintageholic Colectible
Antara koleksi barangan antik yang dipamer dan dijual di Vintageholic Colectible

“Saya ada menyimpan seutas jam tangan jenama Rolex yang dihadiahkan kepada pasukan bola sepak Malaysia pada tahun 1958 ketika memenangi Pesta Bola Merdeka.

“Jam yang tertera nama kejohanan itu dihadiahkan oleh Tuanku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) kepada 12 pemain dan sehingga kini, satu daripadanya ada dalam simpanan saya,” ujarnya.

Mesin kira wang yang digunakan pada era 1800 daripada United Kingdom.
Mesin kira wang yang digunakan pada era 1800 daripada United Kingdom.

Minat yang mendalam terhadap warisan barang lama mendorong Jamil mengumpul lebih 10,000 koleksi barang antik yang diperoleh dari dalam dan luar negara setakat ini.