Anak melompat bunyi mercun, trauma serangan Israel - Nadir Al-Nuri

Muhammad Nadir berkongsi foto raya bersama anak-anaknya.
Muhammad Nadir berkongsi foto raya bersama anak-anaknya.
A
A
A

SHAH ALAM - "Sehingga saat ini anak-anak saya masih melompat apabila terdengar bunyi mercun."

Demikian kongsi Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengenai perkembangan terkini permata hatinya yang baharu dibawa keluar dari Palestin.

Menurut Muhammad Nadir, kesemua anaknya bertindak demikian susulan masih lagi trauma kesan daripada serangan Israel di bumi Gaza.

"Bila dengar bunyi bunga api meluncur mereka akan menunduk dan tercari-cari dari mana arahnya.

"Di Gaza, apabila dengar bunyi roket meluncur, kalau datang dari bumi Gaza maknanya roket mujahidin, mereka akan bersorak dan bertakbir.

"Kalau bunyi roket dilepaskan kemudian diiringi bunyi letupan dan bumi bergegar, maknanya ia datang dari pesawat musuh.

"Lantas mereka akan mengucap dua kalimah syahadah dan mengucap innalillah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Khamis lalu, Muhammad Nadir berkongsi kegembiraan sambutan perayaan Aidilfitri kali ini apabila akhirnya dapat menyambut lebaran bersama keluarganya di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, begitu banyak usaha yang dijalankan pelbagai pihak untuk membawa keluarganya dari Palestin pulang ke tanah air.

Sementara itu, menerusi hantaran terbaharu di media sosialnya, Muhammad Nadir berharap agar rakyat Malaysia tidak berhenti untuk memberi sumbangan kepada rakyat Palestin.

"Semoga sedikit mainan dan sambutan raya yang kita laksanakan di sana hasil sumbangan kalian mengukir senyuman di wajah mereka," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28