Penyakit bawaan air merebak di Gaza

Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat. Foto Xinhua
Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat. Foto Xinhua
A
A
A

GENEVA - Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat, menurut Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jamie McGoldrick berkata: "Keadaan semakin panas di sini. Penduduk mendapat air yang semakin kurang daripada yang diperlukan dan natijahnya penyakit bawaan air tersebar kerana kekurangan air yang bersih dan selamat diminum dan gangguan dalam sistem sanitasi.

'Kami perlu mencari jalan dalam beberapa bulan akan datang bagaimana kami boleh mendapat bekalan air yang lebih baik ke kawasan ini yang sesak dengan manusia pada masa ini,” katanya selepas melakukan lawatan terakhirnya ke Gaza.

Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: