Polis buru dua lelaki cuba rompak kedai emas guna senjata api

Polis giat memburu dua lelaki yang disyaksi telah cuba merompak sebuah kedai emas di Machang menggunakan senjata api pada Khamis.
Polis giat memburu dua lelaki yang disyaksi telah cuba merompak sebuah kedai emas di Machang menggunakan senjata api pada Khamis.
A
A
A

MACHANG - Polis giat memburu dua lelaki yang disyaki telah cuba merompak sebuah kedai emas di sini menggunakan senjata api pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, kedua-dua suspek dikatakan berpakaian serba hitam, berseluar jeans, bertopi, memaki pelitup muka dan bersarung tangan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, semasa kejadian ada saksi yang cuba menangkap suspek tetapi gagal.

"Ini kerana kedua-dua suspek telah memecut laju melarikan diri dengan menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru dan tidak mempunyai nombor pendaftaran.

"Semasa kejadian terdapat empat orang pekerja di dalam premis terbabit yang terdiri daripada pekerja dan ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kesemua mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan serta tiada kerugian dicatatkan.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu pihak polis.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: