‘Ini masanya ummah perlu bersama, ketepikan perbezaan politik’ - Dr Akmal

Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di Facebook pada Jumaat.
Tangkap layar hantaran Dr Muhamad Akmal di Facebook pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta umat Islam supaya bersatu padu dan mengetepikan soal perbezaan fahaman politik.

Ia berikutan rejim Israel terus-menerus menyerang rakyat Palestin meskipun sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengambil pengajaran daripada kejadian yang berlaku di wilayah bergolak itu kerana ia mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja sekiranya rakyat berpecah belah.

“Ini masanya ummah perlu bersama dan ketepikan soal perbezaan politik kerana sesungguhnya mereka amat takut dengan penyatuan ummah.

“Bersatulah wahai ummahku, sudah tiba masanya,” kata Dr Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, media melaporkan rejim Zionis melancarkan serangan udara di kem pelarian Shati di Utara Gaza ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidilfitri.

Terbaharu, tiga anak lelaki dan beberapa cucu kepada pemimpin Hamas iaitu Ismail Haniyeh syahid akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada petang Khamis sempat menghubungi Ismail bagi mengucapkan takziah di atas pemergian ahli keluarganya itu.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!