300 penduduk DUN Bukit Permai masih terputus bekalan air

Lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri. Foto hiasan
Lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri. Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Sri Muar dan Kampung Agas di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dekat Kulai masih terputus bekalan air dan hanya bergantung kepada perkhidmatan lori tangki.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, mereka merupakan sebahagian daripada lebih 1,000 penduduk termasuk di Gugusan Murni Jaya, Felda Bukit Permai dan sekitarnya yang mengalami gangguan bekalan air menjelang Aidilfitri.

Mohd Jafni yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata, isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat telah berlaku sejak belasan tahun dan lebih kritikal ketika musim perayaan.

"Untuk sambutan Syawal tahun ini, lebih 1,000 penduduk meraikan Aidilfitri dalam keadaan sukar kerana tiada bekalan air.

"Ada kawasan yang terputus bekalan air pada malam raya dan ada juga kawasan telah tiga hari tidak ada air seperti di Kampung Sri Muar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau sehubungan itu menggesa agar Ranhill SAJ segera menyelesaikan isu bekalan air yang kerap terputus di kawasan terlibat.

"Saya amat berharap masalah ini boleh diselesaikan segera. Saya telah berusaha menggunakan segala cara dan kaedah untuk membantu memudahkan segala urusan pihak Ranhill SAJ,” katanya. - Bernama

TAG: air, Mohd Jafni Md Shukor, Bukit Permai, Kampung Sri Muar, Ranhill SAJ

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!