Tambah baik kemudahan mendesak segera - PM Anwar

Anwar dan Azizah menziarahi pesakit dan warga HKL di sini pada Khamis.
Anwar dan Azizah menziarahi pesakit dan warga HKL di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan bahawa perhatian utama akan diberikan untuk menambah baik kemudahan yang mendesak dalam kadar segera.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menziarahi pesakit dan kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

"Saya turut manfaatkan kesempatan ini untuk meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti di HKL dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan memberi perhatian utama menambahbaik kemudahan yang mendesak dalam kadar segera," tulis beliau menerusi hantaran di laman sosial.

Anwar dan Azizah menziarahi pesakit dan warga HKL di sini pada Khamis.
Anwar dan Azizah menziarahi pesakit dan warga HKL di sini pada Khamis.

Anwar yang turut ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut merakamkan penghargaan kepada warga HKL dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) atas pengorbanan dan sumbangan berterusan mereka demi kesihatan serta kesejahteraan rakyat.

"Alhamdulillah, saya turut memberi sumbangan kepada pesakit di wad kelas tiga dan kakitangan HKL yang bertugas.

"Perayaan eid-ul fitr sesungguhnya mengetuk pintu nurani kita untuk tingkatkan sikap kasih dan beringat kepada yang lain, terutamanya yang sakit dan hidup melarat," katanya.

Artikel Berkaitan: