Dua rakan maut dalam perjalanan pulang selepas cuti raya

Penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dari motosikal setelah terbabas merempuh konkrit penghadang jalan di KM57 Lebuhraya LTU di Kuantan pada Rabu.
Penunggang dan pembonceng disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dari motosikal setelah terbabas merempuh konkrit penghadang jalan di KM57 Lebuhraya LTU di Kuantan pada Rabu.
A
A
A

LIPIS - Perjalanan pulang dua rakan selepas cuti beraya bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 57 Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini pada Rabu.

Dalam kemalangan itu, penunggang, Mohd Mazuan Mat Zin, 44, dan pembonceng wanita, Kisnawita Saad, 46, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda RS-X itu jam 5.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang bersama pembonceng dalam perjalanan pulang dari Kuala Krai, Kelantan ke rumah di Sungai Buluh, Selangor.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok konkrit pembahagi jalan menyebabkan kedua-dua tercampak dari motosikal.

"Akibat kejadian, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Ismail berkata, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu atau menunggang dengan berhemah selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28