Ringgit meningkat semula berbanding dolar AS

Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Selasa berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman, dengan pelabur memberi tumpuan kepada data inflasi pada Mac dari AS esok. Gambar hiasan
Ringgit tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Selasa berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman, dengan pelabur memberi tumpuan kepada data inflasi pada Mac dari AS esok. Gambar hiasan
A
A
A

RINGGIT tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Selasa berikutan penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu semalaman, dengan pelabur memberi tumpuan kepada data inflasi pada Mac dari AS esok.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.7485/7530 berbanding dolar AS daripada 4.7505/7545 pada Isnin.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, data inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan di AS boleh menangguhkan penurunan kadar faedah, memberi tekanan kepada ringgit.

Walaupun ringgit meningkat semula, beliau mengingatkan bahawa hasil Perbendaharaan AS yang tinggi, boleh memberi impak kepada ringgit.

"Kebimbangan untuk ringgit adalah hasil AS yang tinggi, daripada 4.19 peratus pada 1 Mac kepada 4.42 peratus semalam untuk hasil 10 tahun.

"Paras rendah pada tahun ini ialah 4.09 peratus pada Januari, memberi petunjuk bahawa ringgit boleh diniagakan rendah jika data ekonomi AS kekal kukuh dengan isyarat inflasi yang kekal tinggi. Ini boleh berlaku terutamanya jika kita beralih kepada (senario) tanpa penurunan kadar pada 2024,” katanya.

Bagaimanapun, katanya usaha baharu untuk rundingan gencatan senjata di Timur Tengah boleh mengurangkan tarikan dolar.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Artikel Berkaitan:

Ia merosot berbanding euro kepada 5.1559/1608 daripada 5.1434/1477 pada Isnin, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1259/1290 daripada 3.1278/1306 semalam, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 6.0083/0140 daripada 5.9980/0030 sebelum ini.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.9394/9566 daripada 12.9434/12.9596 semalam, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/300.0 daripada 299.7/300.1 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.42 daripada 8.41/8.42 sebelum ini.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.5237/5273 daripada 3.5202/5234 sebelum ini. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!