JTK siasat klinik swasta tidak bayar gaji pekerja

Steven Sim.
Steven Sim.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sedang menyiasat isu tular berkaitan tunggakan gaji pekerja sebuah klinik swasta.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim mengesahkan perkara itu menerusi hantaran di X pada Selasa.

"Isu ini dalam tindakan Jabatan Tenaga Kerja. Terima kasih atas makluman," katanya.

Sebelum ini tular di media sosial luahan pekerja rangkaian klinik swasta terkemuka yang tidak dibayar gaji oleh majikan sejak bulan lalu.

Selain itu pekerja berkenaan turut mendakwa, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang ditolak daripada gaji tidak dibayar kepada kedua-dua agensi berkenaan.

Artikel Berkaitan: