Wajarkah ubi kayu dijadikan pengganti nasi?

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum ini dilapor berkata, rakyat perlu melakukan perubahan dengan tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber utama karbohidrat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum ini dilapor berkata, rakyat perlu melakukan perubahan dengan tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber utama karbohidrat.
A
A
A

UBI kayu merupakan spesies tumbuhan tropika yang tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa ubi kayu sememangnya mengandungi pelbagai manfaat terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti hipertensi, anemia, kardiovaskular dan sebagainya.

Makanan tersebut mula menjadi topik hangat apabila Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dilaporkan berkata, sumber karbohidrat seperti ubi kayu boleh dijadikan sebagai alternatif sementara menunggu isu bekalan beras putih tempatan (BPT) dapat diselesaikan di negara ini.

Beliau berkata, rakyat perlu melakukan perubahan dengan tidak hanya bergantung kepada nasi sebagai sumber utama karbohidrat.

Cadangan itu kemudiannya telah menimbulkan reaksi pelbagai pihak termasuk dalam kalangan masyarakat yang rata-rata tidak bersetuju dengan saranan tersebut.

Mereka berpandangan bahawa tidak mudah untuk menukar makanan ruji masyarakat di negara ini memandangkan nasi sudah menjadi hidangan utama bagi kebanyakan orang.

Susulan itu, Pegawai Dietetik Hospital Al-Sultan Abdullah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farah Farhanah Hashim berkata, usaha menjadikan ubi kayu sebagai makanan ruji bagi menggantikan beras dibimbangi akan meningkatkan peratusan obesiti dan penyakit seperti kencing manis walaupun kedua-duanya di bawah kumpulan karbohidrat.

Menurutnya, ia berikutan kandungan makronutrien dan mikronutrien kedua-dua makanan itu agak berbeza berdasarkan pangkalan data Komposisi Makanan Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, perbandingan dari segi kandungan kalori makronutrien, karbohidrat, protein dan lemak menunjukkan bahawa beras mengungguli pilihan yang lebih baik dan rendah berbanding ubi kayu.

Justeru itu, cadangan untuk menjadikan ubi kayu sebagai alternatif sementara kepada beras dilihat tidak wajar.

Ini kerana, dibimbangi peratusan masalah kesihatan rakyat Malaysia akan meningkat dengan mendadak sekiranya saranan itu dilaksanakan.

Apapun semuanya bergantung kepada pengawalan terhadap kuantiti makanan dan porsi yang diambil setiap hari oleh individu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!