PNB rai anak yatim berbuka puasa

Raja Arshad (dua dari kiri) dan Rick Ramli menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 baru-baru ini,
Raja Arshad (dua dari kiri) dan Rick Ramli menyampaikan sumbangan kepada penerima pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 baru-baru ini,
A
A
A

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Berhad (PNB) meraikan kira-kira 150 anak yatim daripada tiga rumah kebajikan bertempat di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 baru-baru ini.

PNB dalam satu kenyataan memaklumkan tiga rumah kebajikan terlibat adalah Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Rumah Sungai Pinang, Asrama Damai Anak-anak Yatim Kuang dan Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera.

“Penghuni di tiga rumah kebajikan ini terlebih dahulu berpeluang melawat Stadium Merdeka sebelum berbuka puasa dan solat sunat tarawih di Masjid Al-Sultan Abdullah,” kata kenyataan itu pada Isnin.

Pada majlis itu berkenaan semua penghuni rumah kebajikan berkenaan menerima sumbangan duit raya dan beg sekolah.

Pengurusan tertinggi PNB bersama penghuni tiga buah rumah kebajikan bergambar kenangan di Stadium Merdeka.
Pengurusan tertinggi PNB bersama penghuni tiga buah rumah kebajikan bergambar kenangan di Stadium Merdeka.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dan Pemangku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Rick Ramli.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: