Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang

Pemandangan udara aliran trafik perlahan berikutan penambahan kenderaan di KM30 lebuh raya menuju ke Pantai Timur susulan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung menjelang sambutan Aidilfitri ketika tinjauan aliran trafik pada Ahad. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) namun, trafik masih terkawal.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, terdapat dua kemalangan berlaku iaitu di KM404.5 arah Utara dari Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan KM272.8 arah Selatan dari Nilai ke Bandar Ainsdale yang menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di laluan terbabit.

"Trafik juga sesak menghala ke Selatan di kawasan Simpang Renggam menuju ke Sedenak,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: