30 pelajar sekolah ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Abang Zainal Abidin (dua dari kanan) menunjukkan sebuah motosikal yang disita selepas didapati diubah suai pemiliknya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh.
Abang Zainal Abidin (dua dari kanan) menunjukkan sebuah motosikal yang disita selepas didapati diubah suai pemiliknya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh.
A
A
A

IPOH - Seramai 30 pelajar sekolah antara 178 individu yang ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang dekat sini pada Ahad.

Operasi sekitar jam 2.30 pagi itu dijalankan 72 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua yang ditahan itu terdiri daripada 166 lelaki dan 12 wanita yang berusia antara 15 hingga 35 tahun.

Sebanyak 143 motosikal ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh pada Ahad.
Sebanyak 143 motosikal ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh pada Ahad.

"Daripada jumlah itu, 30 orang merupakan pelajar sekolah menengah dan empat orang lagi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).

"Hasil operasi yang dijalankan, kita menahan 143 motosikal dan 19 daripadanya disita atas pelbagai kesalahahan.

"Kesalahan paling serius dikesan adalah mengubah suai motosikal di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Unit Penguatkuasaan Trafik IPD Ipoh di Jalan Chamberlain Hulu di sini.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lima individu turut dikesan positif dadah.

Artikel Berkaitan:

Abang Zainal Abidin (tengah) melakukan pemeriksaan dan proses dokumentasi terhadap individu yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh pada Ahad.
Abang Zainal Abidin (tengah) melakukan pemeriksaan dan proses dokumentasi terhadap individu yang ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Ipoh pada Ahad.

"Salah seorang daripada mereka didapati pernah ditahan atas kesalahan sama tahun lepas. Selain itu, empat individu ditahan kerana terlibat kesalahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dalam pada itu, sebanyak 302 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Operasi ini dilaksanakan selepas menerima aduan berkaitan kegiatan yang mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!