Lelaki maut motosikal langgar lori tunda

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat nahas dengan dua lori tunda di Kilometer 249.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada Sabtu.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat nahas dengan dua lori tunda di Kilometer 249.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat nahas dengan dua lori tunda kenderaan di Kilometer 249.1 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian jam 8.10 malam itu membabitkan sebuah lori tunda jenis Hicom yang menunda sebuah lori tunda jenis Hino dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun bersama seorang penumpang lelaki berumur 33 tahun dari Ipoh menuju ke Johor Bahru.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi seorang lelaki berusia 30 tahun terlanggar bahagian belakang lori tersebut.

"Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala kedua-dua pemandu dan penumpang lori tunda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya pada Ahad.

Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu.
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu.

Ujarnya, mayat penunggang motosikal dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk pengendalian bedah siasat.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!