Meta mula label kandungan janaan AI pada Mei ini

Perbezaan imej sebenar (kiri) dan 'deepfakes' yang dihasilkan teknologi AI. Foto Agensi
Perbezaan imej sebenar (kiri) dan 'deepfakes' yang dihasilkan teknologi AI. Foto Agensi
A
A
A

SAN FRANCISCO - Meta yang merupakan syarikat induk untuk Facebook dan Instagram pada Jumaat memaklumkan ia akan mula melabel kandungan yang dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bulan depan.

Di bawah pembaharuan itu, label 'dihasilkan oleh AI' akan mengenal pasti kandungan berkaitan termasuk video, audio dan imej.

“Label itu akan merangkumi julat kandungan yang lebih luas sebagai tambahan kepada kandungan dimanipulasi yang disyorkan oleh Lembaga Pemantauan,” kata Naib Presiden Polisi Kandungan Meta, Monika Bickert.

Langkah itu dibuat bagi meyakinkan pengguna dan pemerintah Amerika Syarikat (AS) serta seluruh dunia susulan risiko 'deepfakes' yang semakin meningkat.

Difahamkan, Meta, Google dan OpenAI yang menghasilkan ChatGPT telah pun bersetuju untuk menggunakan penandaan air digital biasa pada imej dijana aplikasi AI. - AFP

Artikel Berkaitan: