Pusat Darah Negara perlukan 2,620 penderma darah A, O dan B

Pusat Darah Negara memerlukan 2,620 individu untuk tampil menderma darah bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi menampung keperluan bekalan sebelum 1 Syawal. Gambar fail Bernama
Pusat Darah Negara memerlukan 2,620 individu untuk tampil menderma darah bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi menampung keperluan bekalan sebelum 1 Syawal. Gambar fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Darah Negara memerlukan 2,620 individu untuk tampil menderma darah bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi menampung keperluan bekalan sebelum 1 Syawal.

Menerusi satu kenyataan, Pusat Darah Negara memaklumkan pihaknya amat memerlukan pendermaan orang ramai yang mempunyai darah kumpulan A, O dan B.

"Ia amat diperlukan bagi memastikan bekalan darah tersedia untuk dibekalkan kepada pelbagai hospital di Lembah Klang sepanjang musim perayaan.

"Bekalan ini juga akan dimobilasi ke lain-lain hospital di Malaysia berdasarkan keperluan semasa klinikal," katanya di Facebook pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu lagi, kehadiran penderma untuk membantu memastikan bekalan darah mencukupi amatlah dihargai.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai darah kumpulan tersebut diminta tampil menderma bagi membantu keperluan mendesak berkenaan.

"Kehadiran anda untuk menderma darah dalam tempoh ini amat dihargai oleh para pesakit yang memerlukan transfusi darah.

"Lagi ramai menderma lagi meriah suasana. Orang ramai boleh hadir di hospital yang ada perkhidmatan pendermaan darah statik berdasarkan lokaliti terdekat. Informasi kempen serta lokaliti pendermaan darah di www.pdn.gov.my," katanya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28