Tol percuma: Aliran trafik dijangka meningkat bermula hari ini

Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula Isnin.(Gambar hiasan) Foto Bernama
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula Isnin.(Gambar hiasan) Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula Isnin.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.

"Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

"Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL - Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: