Lebih 7 tan lebihan makanan, minuman bazar Ramadan diselamatkan

Antara makanan yang banyak diterima sepanjang program ini berlangsung adalah kuih muih, air balang, pelbagai jenis nasi.
Antara makanan yang banyak diterima sepanjang program ini berlangsung adalah kuih muih, air balang, pelbagai jenis nasi.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 7,176.4 kilogram (kg) makanan dan minuman yang tidak habis dijual di tiga bazar Ramadan di sini berjaya diselamatkan menerusi program MySaveFood@Ramadan 2024.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga bazar Ramadan yang dipilih pada tahun ini adalah bazar Ramadan di Stadium Shah Alam Seksyen 13, Seksyen 17 dan Seksyen 19.

"Program ini berlangsung selama 14 hari sepanjang Ramadan pada tahun ini bermula pada 14 Mac hingga 3 April dan makanan dan minuman yang dikumpulkan adalah pada Isnin hingga Jumaat sahaja.

Antara petugas yang terlibat dalam program MySaveFood@Ramadan 2024
Antara petugas yang terlibat dalam program MySaveFood@Ramadan 2024

"Antara makanan yang banyak diterima sepanjang program ini berlangsung adalah kuih muih, air balang, pelbagai jenis nasi, bubur, lauk pauk dan menu makanan lain," menurut kenyataan itu di laman Facebook MBSA.

Jelas pihak berkuasa tempatan itu, program kali kni mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga bazar apabila mereka menghantar sendiri lebihan makanan dan minuman ke khemah MySaveFood@Ramadan 2024.

"Makanan diterima kemudiannya diagihkan oleh petugas kepada golongan memerlukan seperti pelajar institusi pengajian tinggi, surau, masjid, pangsapuri kos rendah dan lokasi lain," menurut kenyataan itu lagi.

Makanan diterima kemudiannya diagihkan oleh petugas kepada golongan memerlukan
Makanan diterima kemudiannya diagihkan oleh petugas kepada golongan memerlukan

Artikel Berkaitan:

Usaha ini merupakan satu inisiatif MBSA bagi mengurangkan pembaziran makanan dari Bazar Ramadan serta mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan selain dapat membantu golongan kurang berkemampuan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!