Pemandu Myvi maut, kereta terbabas langgar pokok

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat pemandu selepas kenderaannya terbabas dan melanggar pokok.
Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat pemandu selepas kenderaannya terbabas dan melanggar pokok.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu maut selepas kenderaannya terbabas dan merempuh sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Kubang Semang - Penanti, di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Musa Ali, 57, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, sebaik menerima laporan kejadian, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti bergegas ke lokasi kemalangan.

"Mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dikatakan terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di bahu jalan dan tersepit.

"Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat tidak lama kemudian dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Jurucakap berkenaan berkata, mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: