Warga emas maut langgar pokok tumbang

Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Persiaran Senawang 1 berhadapan Petron Taman Sri Mawar, di Senawang, pagi Rabu. Mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss secara sendirian dari arah Taman Marida ke arah Seremban 2 sebelum melanggar sebatang pokok tumbang yang melintang di laluannya.
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Persiaran Senawang 1 berhadapan Petron Taman Sri Mawar, di Senawang, pagi Rabu. Mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss secara sendirian dari arah Taman Marida ke arah Seremban 2 sebelum melanggar sebatang pokok tumbang yang melintang di laluannya.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebatang pokok tumbang di Jalan Persiaran Senawang 1 berhadapan Petron Taman Sri Mawar, di sini, pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun menunggang motosikal jenis Modenas Kriss secara sendirian dari arah Taman Marida ke arah Seremban 2.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang di lorong kiri telah melanggar sebatang pokok tumbang yang melintang di laluannya.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik HTJ untuk pengendalian bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan.

"Berlaku pokok tumbang yang melintang di tengah jalan utama dan didapati seorang penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat melanggar pokok tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan jalan telah dilakukan oleh pasukan keluaran operasi (PKO) bertugas dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!