Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertahanan

Prabowo (kiri) menyampaikan momento kepada Mohamed Khaled (kanan) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis. Foto Bernama
Prabowo (kiri) menyampaikan momento kepada Mohamed Khaled (kanan) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan komitmen itu dinyatakan susulan kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto ke atas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Mohamed Khaled telah menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan yang akan memberi kesan positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.

Prabowo (kanan) bersalaman bersama Abdul Rahman (dua, kiri) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis.
Prabowo (kanan) bersalaman bersama Abdul Rahman (dua, kiri) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis.

"Kedua-dua menteri yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi," menurut kenyataan itu lagi.

Pertemuan yang berlangsung selama hampir sejam itu adalah julung kali diadakan antara mereka sejak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan Disember tahun lepas.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahary; Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohamad Ab Rahman; Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Artikel Berkaitan:

Prabowo (duduk) menandatangani buku tetamu sambil disaksikan Mohamed Khaled (kanan) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis. Foto Bernama
Prabowo (duduk) menandatangani buku tetamu sambil disaksikan Mohamed Khaled (kanan) sempena lawatan kerja beliau ke Kementerian Pertahanan pada Khamis. Foto Bernama

Kementerian Pertahanan memaklumkan Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo yang dipilih sebagai Presiden Indonesia baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini.

Prabowo tiba Pangkalan Udara Subang malam tadi bagi memulakan lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.

Pagi tadi beliau turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Ini merupakan lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!