Dosa percuma penghujung Ramadan!

Tular klip video lagu raya daripada pengusaha perniagaan dan dikecam hebat oleh para netizen termasuk ahli keluarga si penyanyi tersebut sendiri. Foto media sosial
Tular klip video lagu raya daripada pengusaha perniagaan dan dikecam hebat oleh para netizen termasuk ahli keluarga si penyanyi tersebut sendiri. Foto media sosial
A
A
A

SEKARANG ini, telinga Merak Jalanan terngiang-ngiang dengan irama rancak lagu raya dan Balik Kampung dendangan penghibur legenda, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Sambil melayan lagu raya, timbul pula isu klip video lagu Aidilfitri daripada seorang pengusaha perniagaan.

Berikutan sifat ingin tahu Merak Jalanan yang sangat mendalam, klip video ditonton juga akhirnya dan yang pastinya mendapat kecaman ramai.

Manakan tidak, walaupun penyanyi dan penari latar di dalam klip video itu kesemuanya adalah lelaki tetapi aksi tarian serta lenggokan badan mereka sungguh tidak sopan.

Apa motifnya penari latar untuk klip video lagu raya dipakaikan baju dan seluar ketat yang terang warnanya? Seperti ulat beluncas pula Merak Jalanan lihat!

Selepas tularnya klip video itu dan dikecam hebat oleh para netizen termasuk ahli keluarga si penyanyi tersebut sendiri, seperti kejadian sebelum ini dia tampil membuat penjelasan bahawa ia adalah gurauan sempena April Fool.

Penjelasan itu boleh disamakan perumpamaan orang zaman dahulu iaitu ‘bagaikan tikus membaiki labu’ kerana April Fool haram untuk disambut oleh orang Islam. Dia kena lagi!

Tidak berapa lama kemudian, pemilik klip video itu memuat naik video terbaru memohon maaf kepada semua pihak dengan tindakan kurang bijak tersebut.

Artikel Berkaitan:

Begitulah manusia, kesalahan yang dibuat boleh dibaiki dengan memohon keampunan, tetapi sedarkah anda orang-orang yang menonton aksi dan laku yang ditonjolkan itu juga terpaksa menanggung dosa?

Sepatutnya, di penghujung Ramadan ini, Merak Jalanan hendak menambah pahala, sebaliknya dosa pula yang bertambah!

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28