Perempuan Busana Merah karya baharu Ramlee Awang Murshid

Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.
Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.
A
A
A

SHAH ALAM - Novelis terkenal tanah air, Ramlee Awang Murshid menghasilkan karya terbaharu, Perempuan Busana Merah yang bakal berada di pasaran April ini.

Novel berkonsep siri aku bercerita itu berkisarkan kisah seorang pengawal keselamatan dikenali Mukmin yang diupah menjaga sebuah rumah agam di pergunungan Kundasang, Sabah.

Seorang perempuan berbusana merah tidak dapat dilihat pada mata kasar orang kecuali Mukmin.

Wanita tersebut telah terperangkap di dalam rumah itu dan meminta Mukmin membantunya keluar dari rumah tersebut.

Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.
Ramlee menunjukkan karya terbaharu,Perempuan Busana Merah.

Menurut Ramlee, beliau mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan karya genre misteri yang turut diselitkan babak 'dark' komedi untuk pembacaan lebih santai.

"Buku fiksyen ini tidak terlalu berat sesuai bagi pembaca yang baharu mahu mengikuti Ramlee Awang Murshid.

"Ia sesuai dibaca pelbagai lapisan umur dan turut memasukkan laras bahasa Brunei, Sabah dan Indonesia yang dirojakkan, namun dalam satu sistem yang teratur, tertib dan disiplinnya terjaga," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, buku itu sesuai dibaca dalam kalangan remaja berusia 17 tahun dan ke atas.

Ramlee menunjukkan karya terbaharu, Perempuan Busana Merah.
Ramlee menunjukkan karya terbaharu, Perempuan Busana Merah.

Ujarnya, buku tersebut merupakan karya ke-51 sepanjang 34 tahun berada dalam bidang penulisan novel dan diharap mampu menarik kembali pengikut novel.

"Sasaran saya dapat menjual sekurang-kurangnya 10,000 naskah dalam tempoh antara dua ke tiga bulan.

"Novel-novel sebelum ini jualan mencecah lebih daripada angka itu, namun kebelakangan ini agak perlahan kerana terkesan pandemik Covid-19 dan kita kini dalam fasa kebangkitan," katanya.

Perempuan Busana Merah diterbitkan Buku Prima bakal berada di pasaran dengan harga RM25.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28