Kutipan sisa pepejal meningkat 3,600 tan metrik

Pekerja mengutip sisa pepejal di kawasan konsesi Alam Flora.
Pekerja mengutip sisa pepejal di kawasan konsesi Alam Flora.
A
A
A

SHAH ALAM - Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) anak syarikat milik penuh Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) mencatatkan peningkatan kutipan sisa pepejal sebanyak 3,600 tan metrik pada hari ke-20 Ramadan berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Adam Saffian Ghazali, jumlah tersebut merangkumi di keseluruhan tiga kawasan konsesi di bawah pengurusan pihaknya iaitu Kuala Lumpur (KL), Putrajaya dan Pahang.

Menurutnya, makanan yang tidak dihabiskan atau diusik yang dijual di bazar Ramadan antara penyumbang utama kepada peningkatan kutipan sisa selain daripada plastik dan polisterin bungkusan makanan.

Pengasingan sampah mengikut sisa makanan dilakukan pekerja Alam Flora.
Pengasingan sampah mengikut sisa makanan dilakukan pekerja Alam Flora.

“Kenaikan sebanyak 2,800 tan metrik sampah yang dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari berbanding 2,500 tan metrik pada hari biasa bagi kawasan di KL yang mana mempunyai kepadatan penduduk tertinggi di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Selain itu, Adam Saffian berpendapat juadah yang disediakan berkemungkinan terlampau berlebihan sehingga tidak mampu dihabiskan sehingga akhirnya tong sampah menjadi destinasi terakhir baki sisa makanan.

Menurutnya, Alam Flora akan terus melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan tanpa mengira masa dan tempat.

“Kerjasama daripada semua pihak juga diperlukan dalam menjaga kebersihan terutama di kawasan kediaman masing-masing, sebagai contoh sampah yang boleh dikitar semula seperti botol plastik, kertas dan tin aluminium perlu diasingkan.

Artikel Berkaitan:

Pekerja Alam Flora membersihkan bahagian rumah sampah selepas mengutip sisa pepejal yang dibuang oleh orang ramai.
Pekerja Alam Flora membersihkan bahagian rumah sampah selepas mengutip sisa pepejal yang dibuang oleh orang ramai.

“Ia harus diletakkan dalam beg plastik serta diikat dengan kemas dan diletakkan di tepi tong pada hari kutipan untuk barangan kitar semula selaras dengan program pengasingan sisa di punca anjuran pihak kerajaan,” tegas beliau.

Pada masa sama, Adam Saffian meminta orang ramai untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Alam Flora di talian 1-800-88-7472 yang beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Ujarnya, rakyat boleh berkongsi maklumat tahap kebersihan di kawasan masing-masing supaya tindakan susulan yang bersesuaian dapat diambil.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28