Wanita uzur masih boleh dapat pahala lailatulqadar

MESKIPUN dalam keadaan uzur syarie, kaum Hawa tetap boleh meraih pahala pada lailatulqadar.
MESKIPUN dalam keadaan uzur syarie, kaum Hawa tetap boleh meraih pahala pada lailatulqadar.
A
A
A

KETIKA Ramadan memasuki kemuncaknya pada 10 malam terakhir, ramai berlumba-lumba untuk meningkatkan pecutan amal ibadah dan kebajikan.

Bagi wanita yang uzur pula, ada dalam kalangan mereka yang dirundung kesedihan. Semuanya gara-gara ‘cuti’ itu membataskan ‘pergerakan’ mereka untuk melakukan pecutan amalan.

Benar, ramai yang mengharapkan untuk beribadah sebanyak-banyaknya lebih-lebih lagi jika kebetulan amalan dilakukan itu jatuh pada lailatulqadar yang lebih baik daripada 1,000 bulan.

Ramai kaum Hawa beranggapan, andai mereka tidak boleh berpuasa, solat dan membaca al-Quran, pasti tiada pahala yang diraih.

Memperbetulkan tanggapan tersebut, penulis buku kerohanian, Muhammad Zulhusni Mohd Zaki atau lebih dikenali sebagai Muzuza menjelaskan, sekalipun wanita uzur tidak solat, berpuasa dan melakukan amalan-amalan lain semasa haid, ia tetap dikira pahala.

“Ini kerana kita tak buat semua semua itu untuk apa? Mentaati syariah. Maka, itu juga pahala.

BERDOA antara amalan yang dianjurkan untuk dilakukan oleh wanita yang uzur.
BERDOA antara amalan yang dianjurkan untuk dilakukan oleh wanita yang uzur.

Artikel Berkaitan:

“Apabila Al-Dahhak ditanya tentang perkara ini, beliau menjawab: ‘Ya, amalan setiap orang yang ALLAH terima amalannya, maka ALLAH akan berikan bahagiannya (ganjaran) dari malam al-Qadr’.

“Justeru, jangan bersedih hati jika haid kerana sebenarnya kita sedang dalam ketaatan kepada ALLAH dan Rasulullah SAW,” katanya sebagaimana dipetik menerusi akaun X miliknya baru-baru ini.

Pada masa sama, Muzuza turut menasihatkan agar kita berniat ingin memperbanyak amal, tetapi terhalang oleh arahan lain daripada ALLAH SWT.

“Ini juga suatu ketaatan kepada ALLAH. Ini diisyaratkan oleh para ulama,” titipnya.

Beliau turut berkongsikan beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh wanita mengalami uzur syarie.

Ia termasuklah banyakkan berdoa, berzikir, bersedekah, menuntut ilmu, menghindari kalam yang tidak bermanfaat dan menyediakan makanan untuk orang berbuka serta bersahur.