Kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemui lemas di Sungai Golok

Bomba menerima panggilan kecemasan kanak-kanak lemas di Sungai Golok.
Bomba menerima panggilan kecemasan kanak-kanak lemas di Sungai Golok.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Seorang kanak-kanak lelaki warga Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok, Kampung Ibrahim Pencen dekat sini pada Isnin.

Mayat mangsa yang berusia 11 tahun itu ditemui pada jam 10.38 malam.

Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan, Suki Anuar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada panggilan kecemasan terdapat kejadian kanak-kanak warga negara terbabit yang hilang di Sungai Golok pada jam 6.12 petang.

Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, pihak bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat melalui permukaan air.

“Lokasi kejadian kanak-kanak ini lemas adalah di Sungai Golok yang bersempadan dengan Malaysia-Thailand.

“Pasukan penyelam Thailand turut hadir di lokasi pada jam 6.45 petang dan melakukan selaman dalam operasi sama sebelum mangsa berjaya ditemukan pada waktu malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat itu disertai 20 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang serta Pasukan Penyelamatan di Air Pengkalan Kubor selain enam polis dari Pasukan Gerakan Am.

Artikel Berkaitan:

“Sejumlah lima anggota polis Thailand dan tujuh anggota penyelam mereka turut terlibat.

“Operasi juga dibantu oleh penduduk kampung di sekitar kawasan sempadan,” katanya.

Operasi berterusan pada waktu malam sebelum mayat mangsa ditemukan.
Operasi berterusan pada waktu malam sebelum mayat mangsa ditemukan.

Tambah beliau, mangsa ditemui di sebelah sempadan Thailand oleh pihak penyelam negara itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala mayatnya juga diserahkan kepada pihak polis negara tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!