Raya keemasan : LBS lancar kempen ‘Emas Bling-Bling’ untuk pembeli rumah

Tempoh kempen 'Emas Bling-Bling' ini bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2024.
Tempoh kempen 'Emas Bling-Bling' ini bermula dari 1 April sehingga 31 Mei 2024.
A
A
A

PETALING JAYA – Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS) hari ini melancarkan kempen terbaharunya, ‘Emas Bling-Bling Bersama LBS’, menggabungkan suasana hari raya bersama komitmen LBS terhadap masyarakat dengan menawarkan peluang keemasan kepada pembeli rumah untuk memiliki rumah baharu dan meraikan sambutan Aidilfitri dengan penuh bergaya.

Melengkapkan suasana perayaan, kempen ini memberi peluang eksklusif kepada bakal pembeli rumah pertama untuk memenangi Jongkong Emas 999.9, yang pastinya meningkatkan keterujaan terhadap tawaran menarik kempen ini.

Inisiatif ini khusus untuk rakyat Malaysia yang menghargai semangat komuniti dan sedang mencari tawaran raya terbaik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. Selain itu, ia juga dilihat sebagai peluang tambahan menarik bagi komuniti LBS yang sedang mencari rumah kedua.

Bukan sekadar emas, pakej pembelian rumah ini menawarkan faedah eksklusif bagi pelanggan seperti pakej perabot khas, yuran keluar sifar serta yuran tempahan yang rendah.

Selain daripada itu, pelanggan akan didaftarkan secara automatik sebagai ahli seumur hidup LBS Perks & Plusses, sebuah program kesetiaan pelanggan yang melibatkan 50 rakan kerjasama daripada pelbagai kategori seperti Automotif, Peralatan Elektrik, Alatan Rumah, Hospitaliti, Pendidikan dan banyak lagi.

HOCK SAN
HOCK SAN

Mengulas mengenai kempen ini, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, sebagai sebuah pemaju yang mengutamakan nilai kemasyarakatan, LBS teruja untuk meningkatkan pengalaman perayaan kepada seluruh pelanggan yang telah menjadi sebahagian dari keluarga mereka.

“Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman pembelian rumah yang akan memberikan kegembiraan dan kepuasan terhadap setiap individu, sekali gus mengukuhkan portfolio pelaburan mereka.

Artikel Berkaitan:

“Kenapa emas? Seperti rumah, harga emas semakin meningkat saban hari dan kami berharap dengan kempen ini, pemilik rumah dapat memperoleh lebih daripada satu aset pelaburan ke dalam portfolio mereka,” katanya.

No Image Caption

Membeli rumah bukan sekadar memiliki binaan daripada batu bata, ia turut merupakan satu nilai jangka panjang yang akan terus meningkat walaupun selepas proses penyerahan kunci.

Antara projek yang terlibat dengan kempen ‘Emas Bling Bling Bersama LBS’ ialah Prestige Residence di Seri Kembangan, yang turut disiarkan secara langsung di WOWSHOP @ 8TV pada hari ini dengan yuran tempahan eksklusif sebanyak RM1.

Tempoh kempen ni adalah daripada 1 April sehingga 31 Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawarannya, sila layari www.campaign.lbs.com.my untuk maklumat lanjut. Segala hadiah adalah tertakluk kepada terma dan syarat.