Dipecah masuk, tadika kerugian RM1,000

Guru tadika menunjukkan keadaan dapur yang berselerak selepas tadika di Kampung Sahari, Kluang dipecah masuk.
Guru tadika menunjukkan keadaan dapur yang berselerak selepas tadika di Kampung Sahari, Kluang dipecah masuk.
A
A
A

KLUANG - Sebuah tadika Kemas di Kampung Sahari dekat sini mengalami kerugian mencecah RM1,000 selepas dipecah masuk pencuri.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian disedari guru sebaik sahaja tiba di tadika berkenaan sekitar jam 7 pagi, Ahad.

Jelasnya, guru terbabit mendapati barang-barang di dalam tadika dan stor berselerakan selain gril pintu tengah dirosakkan serta pintu diumpil.

Keadaan pintu tadika yang diumpil pencuri.
Keadaan pintu tadika yang diumpil pencuri.

"Pemeriksaan mendapati suspek masuk melalui pintu belakang berdasarkan kesan skru yang ditanggalkan pada pintu gril dan pintu dalam keadaan tidak berkunci.

"Tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang nampak kejadian itu. Kali terakhir tadika ditinggalkan pada Khamis minggu lalu dengan keadaan baik dan berkunci," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurut Bahrin, barang dilaporkan hilang antaranya televisyen 36 inci, kipas, tiga kampit beras 5 kilogram, tong gas, barang-barang makanan dan duit syiling tadika sebanyak RM30.

Keadan tadika selepas dipecah masuk pencuri.
Keadan tadika selepas dipecah masuk pencuri.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya sedang memburu suspek bagi membantu kes yang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28