500 tapak tangan hasilkan kolaj bendera Palestin

Tiga peserta teruja menurunkan tapak tangan mereka untuk menghasilkan kolaj bendera Palestin.
Tiga peserta teruja menurunkan tapak tangan mereka untuk menghasilkan kolaj bendera Palestin.
A
A
A

IPOH - Tidak sampai 30 minit, lebih 500 tapak tangan berjaya diturunkan untuk menghasilkan kolaj bendera Palestin sempena Jelajah Karnival Ramadan di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Sabtu dan Ahad.

Inisiatif digerakkan MyFundAction itu mencipta bendera berukuran tiga meter panjang dan dua meter lebar sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin di bumi Gaza.

Pengarah Karnival Jelajah Ramadan Perak, Nor Zafirah Rashid berkata, aktiviti itu merupakan satu daripada pengisian karnival yang turut merangkumi explorace, edaran bubur lambuk, tadarus, qiamullail dan solat Subuh seperti Jumaat.

Lebih 500 tapak tangan berjaya diturunkan untuk menghasilkan kolaj bendera Palestin sempena Jelajah Karnival Ramadan pada Sabtu dan Ahad lepas.
Lebih 500 tapak tangan berjaya diturunkan untuk menghasilkan kolaj bendera Palestin sempena Jelajah Karnival Ramadan pada Sabtu dan Ahad lepas.

"Penghasilan kolaj ini membuktikan semangat rakyat negara ini yang tidak letih berjuang menyokong penduduk Palestin yang ditindas.

"Semoga dengan usaha ini, kita tidak melupakan krisis yang berlaku di sana," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, Perak menjadi negeri ketujuh siri jelajah berkenaan yang bermula 1 Ramadan lalu melibatkan 14 negeri seluruh negara.

Katanya, lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, matrikulasi dan institut pengajian tinggi (IPT) menyertai karnival tersebut.

Artikel Berkaitan:

Inisiatif digerakkan MyFundAction itu mencipta bendera berukuran tiga meter panjang dan dua meter lebar sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin di bumi Gaza.
Inisiatif digerakkan MyFundAction itu mencipta bendera berukuran tiga meter panjang dan dua meter lebar sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin di bumi Gaza.

"Alhamdulillah kita menerima kerjasama yang baik. Karnival ini merupakan aktiviti tahunan yang dulunya dikenali sebagai Special Iftar For Ummah.

"Tahun ini MyFundAction jenamakan semula sebagai Jelajah Karnival Ramadan dengan pengisian yang lebih memberi manfaat kepada peserta di bulan Ramadan ini," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28