Al-Sultan Abdullah dukacita laporan portal berita bersifat fitnah

Al-Sultan Abdullah Foto FB Kesultanan Pahang
Al-Sultan Abdullah Foto FB Kesultanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dukacita dan kecewa berhubung laporan sebuah portal berita yang tersasar melaporkan titahnya ketika satu sesi taklimat pembangunan di Maran.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, laporan bertarikh 22 Mac lalu itu adalah bersifat fitnah.

Menurutnya, laporan itu juga boleh memberikan Implikasi negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni di dalam masyarakat.

"Tegas baginda, titahnya ketika sesi taklimat pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan portal berita berkenaan.

"Kenyataan baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum mengingatkan supaya masjid tempat ibadat buat umat Islam sentiasa dipelihara kesuciannya," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Mohamed Zahari berkata, justeru baginda mengingatkan kepada semua pengamal media sama ada media cetak atau media elektronik agar meneliti dan memperhalusi setiap berita sebelum membuat interpretasi yang boleh menyimpang atau tersasar dari maksud sebenar.

"Pada masa sama, etika kewartawanan perlulah dipatuhi pada setiap masa," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: