Amaran buat peniaga 'colek' di Kelantan

Azman (dua dari kiri) bertemu peniaga menu Rahmah sempena Program Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu
Azman (dua dari kiri) bertemu peniaga menu Rahmah sempena Program Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu
A
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan memberi amaran kepada peniaga colek di negeri supaya tidak menaikkan harga sepanjang Ramadan.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga makanan itu.

Bagaimanapun menurut beliau, seorang peniaga sudah diberi peringatan melalui pemantauan yang dilakukan sepanjang Ramadan.

Azman (tiga dari kiri) memberikan cenderahati kepada peniaga menu Rahmah sempena Program Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.
Azman (tiga dari kiri) memberikan cenderahati kepada peniaga menu Rahmah sempena Program Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

"Kita sudah melakukan pemeriksaan di beberapa premis utama dan tular di negeri ini tetapi kesemua mereka mematuhi peraturan dan meletakkan tanda harga yang sesuai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Azman memberitahu, walaupun premis menjual colek meningkat ketika Ramadan, namun semua peniaga patuh kepada peraturan yang ditetapkan.

Azman tengah tiba di pekarangan Mydin Tunjong untuk perasmian Bazar Ramadan Rahmah Dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.
Azman tengah tiba di pekarangan Mydin Tunjong untuk perasmian Bazar Ramadan Rahmah Dan Inisiatif Mysavefood 2024 Peringkat Negeri Kelantan pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

"Ramai peniaga colek mengambil peluang mengaut keuntungan dalam bulan puasa kerana Kelantan popular dengan juadah yang dihidangkan selepas tarawih," katanya.

Dalam pada itu, Azman berkata, seramai 200 peniaga berniaga di bazar Ramadan di pekarangan Mydin Tunjong dan 90 peniaga menjual menu Rahmah pada harga RM5 ke bawah.

"Seramai 113 peniaga pula menyediakan pembayaran tanpa tunai dan setiap hari pemberian baucer e-wallet tanpa tunai kepada setiap pengunjung yang hadir ke bazar berkenaan," katanya.

Jelas beliau lagi, keseluruhan sebanyak 8,000 baucar e -wallet akan diagihkan untuk berbelanja di bazar ini bagi mengurangkan beban pengguna di samping dapat membantu merancakkan perniagaan yang mempunyai e-wallet.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28