Andalusia akan taja pakej umrah 200 anak muda

Ibrahim (tiga dari kiri) mengiringi Sheikh Abdul Karim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan zakat.
Ibrahim (tiga dari kiri) mengiringi Sheikh Abdul Karim (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan zakat.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours bakal menaja pakej umrah kepada 200 anak muda yang solat berjemaah selama sebulan berturut-turut di Masjid Imanul Fa'izin atau dikenali sebagai Masjid Andalusia di Jalan Pasir Puteh, Kampung Padang Kala di sini.

Pengarah Urusan Andalusia Travel & Tours, Ibrahim Mat Sin berkata, program solat berjemaah melibatkan waktu Maghrib, Isyak dan Subuh itu akan bermula selepas Ramadan.

Orang ramai membanjiri majlis iftar di pekarangan Masjid Imanul Fa'izin.
Orang ramai membanjiri majlis iftar di pekarangan Masjid Imanul Fa'izin.

Menurut beliau, peserta perlu mendaftar dengan pihak masjid untuk mengambil bahagian dalam program dan perlu ‘punch kad’ bagi merekodkan kehadiran pada ketiga-tiga waktu solat terbabit.

“Program ini dikhaskan untuk individu yang berusia antara 20 hingga 35 tahun serta masih bujang dan perlu solat pada tiga waktu berkenaan di masjid manakala dua lagi waktu iaitu Zuhur serta Asar tidak perlu kerana kelonggaran mungkin mereka berada di tempat kerja.

Orang ramai yang hadir pada program Majlis Ifftar dan Tarawih anjuran Andalusia Travel & Tours sempena memperingati hari Nuzul al-Quran.
Orang ramai yang hadir pada program Majlis Ifftar dan Tarawih anjuran Andalusia Travel & Tours sempena memperingati hari Nuzul al-Quran.

“Program ini diadakan bertujuan menarik minat golongan muda untuk mengimarahkan masjid dan mendirikan solat secara berjemaah,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian zakat kepada 200 penerima di masjid berkenaan, di sini pada Khamis.

Turut diadakan Majlis Iftar dan Tarawih anjuran Andalusia Travel & Tours sempena memperingati hari Nuzul al-Quran dengan penampilan khas bekas Qari Diraja Arab Saudi juga Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar Al-Makki.

Artikel Berkaitan:

Ibrahim berkata, pihaknya juga bakal melaksanakan bekerjasama dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerusi kempen #GengSubuhMacamJumaat bagi mengimarahkan Masjid Imanul Fa'izin pada masa akan datang.

“Bagi program tajaan umrah itu pula, mereka yang berjaya dan terpilih akan ke Makkah untuk melaksanakan ibadah itu antara Ogos hingga September ini,” kata beliau.

Agih zakat RM500,000

Penerima zakat bergambar di pintu masuk Masjid Imanul Fa'izin.
Penerima zakat bergambar di pintu masuk Masjid Imanul Fa'izin.

Dalam pada itu, Ibrahim memberitahu, pihaknya mengagihkan keseluruhan zakat berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima terdiri daripada asnaf, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Kelantan pada Ramadan kali ini bersempena dengan pembukaan masjid berkenaan.

Menurutnya, Andalusia Travel & Tours juga membayar zakat keseluruhan berjumlah lebih RM3 juta setahun hasil perniagaan umrah dan haji yang turut diagihkan ke Pahang, Perak dan Kedah.

Zakat disampaikan Sheikh Abdul Karim (dua dari kanan) kepada penerima di Masjid Imanul Fa'izin.
Zakat disampaikan Sheikh Abdul Karim (dua dari kanan) kepada penerima di Masjid Imanul Fa'izin.

“Banyak keberkatan diperoleh dalam melaksanakan kewajipan membayar zakat.

“Saya juga meniatkan untuk berkongsi rezeki dengan semua orang terutama penduduk di kampung halaman sendiri di Kelantan,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Radiah Mohd Daud, 48, berkata, pemberian wang zakat kepadanya amat membantu untuk menyediakan persiapan Aidilfitri yang tinggal kurang dua minggu lagi.

Pemberian zakat kepada para asnaf dibuat pada Khamis.
Pemberian zakat kepada para asnaf dibuat pada Khamis.

“Saya hanya bekerja sebagai pembantu tukang masak kantin di sekolah Pondok Darul Naim dengan pendapatan RM700 sebulan.

“Setakat ini, saya belum ada baju raya dan duit ini akan digunakan untuk membeli baju tersebut nanti,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28