'Terima kasih doakan kesembuhan saya' - Mohd Na'im

Anwar (kanan) menziarahi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat meluangkan masa menziarahi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook dan X (Twitter) beserta dua keping gambar dikongsikan hari ini, Anwar berkata, Mohd Naim baharu sahaja menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

"Alhamdulillah, keadaan beliau beransur pulih dan saya doakan agar beliau lekas sembuh, insya-ALLAH,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Perdana Menteri ziarah Menteri Agama di hospital

Mohd Na’im menerusi hantaran di laman Facebook dan X (Twitter) pula mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Perdana Menteri yang menziarahi beliau petang ini.

Anwar (kiri) menziarahi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya pada Jumaat. Foto FB Anwar Ibrahim

"Terima kasih kerana telah mendoakan kesembuhan buat saya. Semoga sedikit masa lagi, saya akan bertugas semula seperti biasa di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: