Lelaki kurang siuman baring atas bumbung

Mangsa berusia lingkungan 40-an dipercayai kurang siuman berjaya dipujuk dan dibawa turun dengan selamat.
Mangsa berusia lingkungan 40-an dipercayai kurang siuman berjaya dipujuk dan dibawa turun dengan selamat.
A
A
A

IPOH - Kecekapan anggota bomba dan polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang ditemui terbaring atas bumbung sebuah rumah di Tamab Meru Fasa 2C dekat Meru Raya di sini awal pagi Jumaat.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya pada jam 1.40 pagi melibatkan mangsa berusia lingkungan 40-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat awal diterima memaklumkan individu berkenaan mengalami masalah mental.

"Sebaik anggota tiba di lokasi, lelaki itu dipercayai kurang siuman dalam keadaan berbaring atas bumbung rumah teres satu tingkat.

"Komander operasi kemudiannya bertindak membuat size-up dan membantu polis memujuk mangsa untuk turun ke bawah," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi tamat pada jam 2.18 pagi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: