Gadis cemas tangan tersepit dalam mesin proses santan

Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk menenangkan mangsa dan berjaya mengeluarkan tangan yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas. - Gambar ihsan bomba
Anggota bomba mengambil masa 15 minit untuk menenangkan mangsa dan berjaya mengeluarkan tangan yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas. - Gambar ihsan bomba
A
A
A

PENDANG - Seorang remaja perempuan terpaksa menahan kesakitan lebih 30 minit sebelum anggota bomba berjaya mengeluarkan tangannya yang tersepit dalam mesin memproses santan.

Dalam kejadian jam 9.11 malam Rabu itu mangsa berusia 18 tahun dipercayai sedang mengisar kelapa dengan menggunakan mesin itu di rumahnya di Kampung Padang Durian, di sini.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, sebaik menerima laporan kejadian sepasukan pegawai dan anggota BBP Pendang bersama jentera dan Unit EMRS telah dihantar le lokasi.

“Anggota mengambil masa 15 minit untuk menenangkan mangsa dan berjaya mengeluarkan tangan yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi Astro Awani pada Khamis.

Menurut Muhammad Ezzat Emran mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: