5 maut, 5 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat

Pasukan penyelamat menemukan lima mayat, termasuk kanak-kanak yang tertimbus selepas tanah runtuh melanda dua kampung di wilayah Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. Foto AP
Pasukan penyelamat menemukan lima mayat, termasuk kanak-kanak yang tertimbus selepas tanah runtuh melanda dua kampung di wilayah Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini. Foto AP
A
A
A

JAKARTA - Pasukan penyelamat menemukan lima mayat, termasuk kanak-kanak yang tertimbus selepas tanah runtuh melanda dua kampung di wilayah Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini, kata seorang pegawai agensi mencari dan menyelamat tempatan, lapor Xinhua.

Ketua unit operasi pejabat mencari dan menyelamat wilayah, Supriono berkata, mayat kelima ditemukan pada pagi Rabu berhampiran sungai, kira-kira 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Selain itu, lima orang masih hilang.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kira-kira 30 rumah dan dua pusat ibadat agama musnah akibat tanah runtuh itu.

Sementara itu, pasukan penyelamat meneruskan pencarian mangsa yang masih hilang di kawasan tebing curam. - Bernama-Xinhua

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: