Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah runtuh

Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.
Anggota bomba menjalankan kerja mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.
A
A
A

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang pemandu jengkaut maut manakala seorang lagi pemandu jentera itu sempat menyelamatkan diri dalam kejadian runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, dua buah jengkaut sedang melakukan kerja-kerja di kawasan lombong berkenaan sebelum berlakunya runtuhan tanah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (DCC) menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 12.34 tengah hari.

"Dua buah jengkaut sedang beroperasi dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu dihimpit tanah sebelum tertimbus dalam runtuhan.

"Semasa kejadian, salah seorang pemandu jengkaut dipercayai sempat menyelamatkan diri, manakala pemandu sebuah lagi jengkaut dipercayai terperangkap sebelum tertimbus runtuhan tanah liat berkenaan

"Mangsa yang meninggal dunia berumur 38 tahun dan beralamat di Tanjung Karang, Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap kemudiannya dijalankan pihak bomba.

"Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan kira-kira jam 1.45 petang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Semakan mendapati kedua-dua individu terlibat merupakan pekerja di lombong berkenaan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kematian mangsa.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja," katanya.

Pada Rabu, seorang pemandu jengkaut maut dipercayai tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu di sini.

KUALA LANGAT - Seorang pemandu jengkaut maut akibat tertimbus tanah runtuh di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 12.34 tengah hari.

Mangsa yang mengendalikan sebuah jengkaut maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.
Mangsa yang mengendalikan sebuah jengkaut maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa terlibat merupakan lelaki warga tempatan berumur 38 tahun dipercayai tertimbus di lombong berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dalam runtuhan tersebut.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan di sebuah lombong dekat Jalan Sungai Kelambu pada Rabu.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!