KPDN tahan pemandu lori bersama 3,000 liter diesel

Pegawai KPDN melalukan pemeriksaan pada lori yang dirampas.
Pegawai KPDN melalukan pemeriksaan pada lori yang dirampas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menahan seorang pemandu lori yang disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi dalam Op Tiris 3.0 di sebuah stesen minyak di kawasan Butterworth.

Pengarahnya, RS Jegan berkata, tangkapan dibuat hasil risikan yang dilakukan pihaknya sebelum menemukan sejumlah minyak disyaki diesel kira-kira 3,000 liter yang tersimpan di dalam 10 unit tangki di dalam lori terbabit.

Menurutnya, turut dirampas sebuah motor lori bonded, dua set motor pam berserta hos paip dan seunit telefon bimbit jenama Samsung Galaxy untuk tindakan selanjutnya.

"Nilai rampasan minyak diesel dianggarkan RM5,300 menjadikan nilai anggaran barang rampasan keseluruhan berjumlah RM22,400," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jegan berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengedaran minyak diesel termasuklah sumber minyak diesel diperoleh dan edaran mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: