SAJI lancar filem pendek ‘Minyak Maaf’ sempena Aidilfitri 2024

Tan Sri Rastam (tengah) diiringi Shammim Azad (kanan) dan juga Zulkifl i Othman (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran video pendek ‘Minyak Maaf’ sempena Aidilfi tri 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, baru-baru ini.
Tan Sri Rastam (tengah) diiringi Shammim Azad (kanan) dan juga Zulkifl i Othman (kiri) menyempurnakan gimik pelancaran video pendek ‘Minyak Maaf’ sempena Aidilfi tri 2024 di Kompleks Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, baru-baru ini.
A
A
A


FGV Holdings Bhd (FGV) melalui jenama SAJI melancarkan fi lem pendek bertajuk 'Minyak Maaf' yang membawa mesej tersembunyi di sebalik adegan komedi geram yang dilakonkan oleh beberapa artis terkenal tanah air.

Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa berkata, konsep, watak, dan jalan cerita yang dibawa menerusi video berdurasi tujuh minit itu pastinya menghiburkan.

"Dengar tajuknya sahaja sudah unik hingga membuatkan orang ramai tertanya-tanya makna di sebalik fi lem pendek ini.

“Barisan pelakon yang kita bawakan dalam fi lem pendek berkenaan ialah Joey Daud dan Balkisyh Semundur Khan bersama Nasir Bilal Khan serta Delimawati Ismail.
Artikel Berkaitan:


“Watak Joey sebagai ‘Abdul’ yang menghidupkan jalan cerita. Apa yang Abdul buat sehinggakan orang-orang kampung lari daripada dia? Jom tonton fi lem ini di semua media sosial SAJI Malaysia atau layari https://www.sajikankemesraan.com bermula hari ini,” katanya ketika Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya SAJI di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini.

Hadir sama Pegawai Bertanggungjawab untuk Bahagian Produk Pengguna Kumpulan FGV, Shammim Azad Kamruzaman; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli dan ahli lembaga FGV Holdings.

Tambah Rastam, menerusi Facebook rasmi SAJI Malaysia ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat antaranya resipi menggunakan produk SAJI dan SERI PELANGI serta penampilan istimewa program digital 'SAJI Santapan Rohani: 30 Hari Bersama PU Amin'.