Sila log masuk terlebih dahulu.

Tiada tambahan hari tol percuma sempena Aidilfitri - Ahmad Maslan

A
A
A

BERITA SEMASA 29 MAC 2024

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM37.6 juta bagi menampung kos tol percuma sempena sambutan Aidilfitri ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan hari tol percuma dan hal itu kekal seperti diumumkan sebelum ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu pada 8 dan 9 April ini, kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/657177/berita/nasional/tiada-tambahan-hari-tol-percuma-sempena-aidilfitri---ahmad-maslan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #TolPercuma #Aidilfitri