1,500 terima sumbangan persiapan raya

Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri (depan, tengah) bergambar bersama penerima-penerima sumbangan sempena majlis berbuka puasa bersama para penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras pada Isnin.
Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri (depan, tengah) bergambar bersama penerima-penerima sumbangan sempena majlis berbuka puasa bersama para penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras pada Isnin.
A
A
A

KAJANG - Seramai 1,500 orang penerima bantuan Jabatan Kebaikan Masyarakat (JKM) di Selangor dan Kuala Lumpur berpeluang membuat persediaan Aidilfitri apabila menerima sumbangan barangan keperluan daripada syarikat rangkaian kedai serbaneka, 99-Speed Mart Sdn Bhd. (99 Speed Mart).

Sumbangan yang disampaikan menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan oleh 99 Speed Mart dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi JKM.

Sumbangan barangan keperluan persediaan Aidilfitri itu terdiri daripada tepung gandum, peket bihun, kordial ros, buah kurma, gula pasir, biskut krim, peket minuman coklat dan lain-lain lagi.

Nancy menyerahkan sumbangan kepada penerima berupa barangan keperluan asas sebagai persediaan sambutan Aidilfitri kepada salah seorang penerima.
Nancy menyerahkan sumbangan kepada penerima berupa barangan keperluan asas sebagai persediaan sambutan Aidilfitri kepada salah seorang penerima.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri dalam majlis yang berlangsung di Rumah Seri Kenangan Cheras di Kajang, Selangor pada Isnin.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusof; Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Norazman Othman; Ketua Pegawai Operasi 99 Speed Mart, Yong Eng Kwang dan pegawai-pegawai kanan kementerian serta agensi kerajaan.

Para penerima sumbangan turut diraikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama-sama.

10,000 kit makanan

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Nancy ketika berucap dalam majlis itu menzahirkan penghargaan terima kasih di atas inisiatif kerjasama 99 Speed Mart dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Tambah Nancy, selain KPWKM, 99 Speed Mart turut bekerjasama dengan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) dan KPKT (Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan) serta majlis agama Islam negeri-negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan.

”Ini merupakan usaha murni yang telah dijalankan oleh 99 Speed Mart dan boleh dicontohi oleh semua pihak bagi membantu seluruh masyarakat di Malaysia,” saran beliau.

Malah, sejak tahun 2022 hingga 2023, sebanyak 13 buah syarikat telah menyumbang pelbagai bentuk barangan dan peruntukan tunai melalui JKM kepada kumpulan sasar KPWKM yang memerlukan.

Nancy meluangkan masa menyantuni hadirin yang turut serta dalam majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras di Kajang, Selangor pada Isnin.
Nancy meluangkan masa menyantuni hadirin yang turut serta dalam majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada penghuni Rumah Seri Kenangan Cheras di Kajang, Selangor pada Isnin.

Selaras dengan visi kementerian untuk menjadi peneraju dalam pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama, Nancy memberitahu, KPWKM sentiasa menggalakkan aktiviti yang dapat menyokong objektif ini.

“Perkhidmatan kami (KPWKM) tanpa mengira warna, bangsa, agama dan kumpulan etnik. Segala usaha kami adalah untuk Malaysia dan rakyat Malaysia,” ujarnya,

Perkukuh sistem sokongan sosial

Jelas Nancy, objektif KPWKM ialah meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi memperkukuhkan sistem sokongan yang berkesan dan komprehensif.

Yong Ean Kwang (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Nancy sebagai tanda penghargaan sambil disaksikan oleh Norazman (dua dari kanan).
Yong Ean Kwang (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Nancy sebagai tanda penghargaan sambil disaksikan oleh Norazman (dua dari kanan).

Berdasarkan statistik, jumlah penerima bantuan JKM di Selangor ketika ini adalah seramai lebih 50,000 penerima dengan jumlah peruntukan telah disalurkan sebanyak RM 20 juta.

“Manakala di Kuala Lumpur, terdapat hampir 15,000 penerima bantuan JKM dengan jumlah peruntukan sebanyak RM6 juta.

“JKM juga menyediakan Program 2 Years Exit (2YEP) yang mana kita akan berikan geran permulaan untuk memanfaatkan mereka yang berniaga.

“JKM juga menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi keluarga atau kes yang memerlukan khidmat nasihat,” ujarnya.