Padah buat laporan palsu, dua penjawat awam didakwa

Dua penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membuat laporan palsu berkait kes ugut dan pukul melibatkan bekas ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani, 56, kira-kira dua bulan lalu.
Dua penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membuat laporan palsu berkait kes ugut dan pukul melibatkan bekas ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani, 56, kira-kira dua bulan lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua penjawat awam didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat laporan palsu berkait kes ugut dan pukul melibatkan bekas ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Mohd Fared Abdul Ghani, 56, kira-kira dua bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mahadi Kadir, 49, dan Noor Ainiatun Mohd Anuar, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri dan Majistret Rais Imran Hamid.

Mahadi didakwa membuat laporan palsu kepada anggota polis bertugas di Balai Polis Kubang Kerian di sini kira-kira jam 10.16 malam pada 9 Januari lalu.

Noor Ainiatun pula didakwa melakukan kesalahan sama di Balai Polis Binjai di sini kira-kira jam 10.46 malam pada hari yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan melibatkan kes yang dihadapi Mahadi dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin manakala tertuduh diwakili oleh peguam, Muhammad Fiqri Muhamad.

Bagi kes yang dihadapi Noor Ainiatun pula, kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid dan tertuduh diwakili Ahmad Nurie Ab Rahman.

Mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin kepada Noor Ainiatun dan RM3,000 untuk Mahadi.

Artikel Berkaitan:

Kes yang dihadapi Mahadi disebut semula pada 28 Mei depan manakala Noor Ainiatun pada 21 April.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa di Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki 6 Januari lalu.

Tertuduh, Mohd Fared bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.